Manifestasi Perdana Seni Khat 2020 M/1441 H

**Makluman: Program ini akan ditangguhkan ke tarikh baharu – 28 November 2020

Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) akan menganjurkan Manifestasi Perdana Seni Khat 2020 M/1441 H peringkat kebangsaan kali ke-7. Pertandingan ini mampu menjadi platform kepada bakat-bakat baru dan dapat mencungkil serta mengenengahkan lagi bakat para penggiat seni khat dari pelbagai peringkat. Ini dapat memperlihatkan hasil karya seni khat yang dilahirkan melalui kemahiran dan daya kretiviti yang ada pada para penulis itu sendiri.

Objektif pertandingan adalah :

  • Untuk menjadikan pertandingan ini sebagai satu medium atau platform bagi mengiktiraf dan memperkenalkan bakat-bakat baru dalam dunia kaligrafi Islam.
  • Untuk menggalakkan masyarakat melihat seni sebagai proses yang sentiasa berkembang dan bukannya suatu tradisi yang tepu.
  • Sebagai satu wadah untuk memperkenalkan kesenian Islam ke serata pelusuk dunia.

Tarikh: 28 November 2020

Masa   :10:00 pagi – 12.00 tengahari (Demonstrasi kaligrafi)

               : 12.00 tengahari – 2.00 petang (Pendaftaran)

               : 2.30 petang- 5.30 petang (Petandingan)

  • Bahasa pengantar                 : Bahasa Malaysia
  • Yuran penyertaan                 :RM10.00

Kategori yang dipertandingkan :

KATEGORI A : Spontan di Atas kertas

  • Peserta akan menulis secara spontan dalam tempoh masa tiga (3) jam

(i) Sekolah Rendah (7-12 tahun)

  • Jenis Khat – Nasakh & Riq’ah

(i) Sekolah Menengah (13-17 tahun)

  • Jenis Khat – Nasakh, Riq’ah & Thuluth
  1. ii) Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Jenis Khat – Nasakh, Riq’ah, Thuluth dan Diwani Jali

 

KATEGORI B : Digital

Hasil karya untuk kategori ini dihasilkan secara digital (spontan) menggunakan komputer riba yang dibawa oleh peserta.

  • Jenis Khat – Kufi Murabba

Penyertaan adalah terhad. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Jika berminat, sila isikan borang pendaftaran dan e-melkan ke education@iamm.org.my. Peserta juga boleh mengisi borang penyertaan di https://tinyurl.com/mpsk2020. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan di 03-2092 7032/7033/7034/7038.